Loghat : Wi

Wi bermaksud sampai.
Wi (atau bui (bu-ie) )juga bermaksud beri(kan).

Contoh (1): Caghi ambô wi jupô dalê gamba ni (Cari saya dalam gambar ini sampai jumpa). Contoh (2): Wi kô mek lah (Berikan (sesuatu) kepada Mek/Emak).

Eng : meet, give

Loghat : Tagê, Ttagê dan Nnagê

Tagê (Ta-gê),  ttagê dan nnagê (nna-gê) bermaksud pertaruhan, bertaruh atau taruhan

Contoh ayat (1): Kawê nôk ttagê duit (Aku mahu bertaruh duit (berjudi)).

Loghat : Chêddê

Chêddê (Chê-ddê) bermaksud sediakan (sesuatu).

Contoh ayat (1): Nnikôh ni, kawê cadê dêmô chêddê duô ngidê nasik ko pngatin. (Maksud : Semasa majlis perkahwinan nanti, saya mencadangkan kamu supaya sediakan dua hidangan nasi untuk pengantin).

Eng : provide

Loghat : Ttôghôk

Ttôghôk (ttô-ghôk) ialah awan tebal yang berada di kaki langit (selalunya awan pembawa hujan).

Contoh ayat (1):  Napôk ttôghôk dôh nu, gi klêk lah, kê ujê (Kelihatan awan tebal, pergi lah balik, nantikan hujan turun).

Eng : clouds

Loghat : Tôgôk

Tôgôk (tô-gôk) bermaksud meminum air bukan menggunakan gelas atau penyedut minuman. Dengan kata kain, minum air dengan cara yang tidak sopan dan gelojoh dari bekas air atau kepala paip dan sebagainya.

Contoh ayat (1): Jangê tôgôk ai kok palô paik (Jangan minum air terus dari kepala paip/pili). Contoh ayat (2): Jangê tôgôk, bubuh dalê gelah, pah minung lah (Maksud : melarang minum terus dari bekas air, masukkan dahulu kedalam gelas kemudian minum air menggunakan gelas).

Loghat : Bladông

Bladông (Bla-dông) bermaksud air/cecair yang bertakung disebabkan oleh hujan atau limpahan air dari sungai, parit, paip pecah, atau air dari baldi yang bocor dan sebagainya.

Contoh ayat (1): Hujê smalê, abih ai bladông dalê ghumôh (Hujan semalam menyebabkan air bertakung dalam rumah). Contoh ayat (2): Paik bôcô depê, ai bladông pah katah ta (Paip bocor di hadapan, air bertakung di atas jalan raya/tar).

Eng : stagnant

Loghat : Ketêk

Ketêk (ke-têk) bermaksud gigit, iaitu digigit oleh serangga atau haiwan kecil seperti nyamuk, lipan, kala jengking, tebuan dan sebagainya. Ada juga sebutan ketêk membawa maksud patuk.

Ketêk juga bermaksud wat/tokong, iaitu rumah ibadat penganut agama Buddha.

Contoh (1): Kenô ketêk kô nyamôk (Digigit nyamuk). Contoh (2): Ketêk kô ula (Dipatuk ular). Contoh ayat (3): Ghumôh kawê dekak ketêk (Rumah saya dekat dengan wat)

Eng : bite , temple

Loghat : Kegrêk

Kegrêk (ke-rêk) bermaksud acap atau kerap.

Contoh ayat (1): Kegrêk demô gi Ggolôk (Acap kamu pergi ke Golok). Contoh ayat (2): Keghêk bêna khetô ning beghôna (Acap sungguh kereta ni bermasalah/rosak).

Eng : frequent

Loghat : Bok

Bok (kelEng) bermaksud buku, ia diambil dari perkataan Inggeris iaitu book.

Contoh ayat (1): "Ambik bok kô ayôh" (Ambil buku untuk ayah).
Contoh (2): Bok tulêh (Buku tulis). Contoh (3): Bok skoloh (Buku pelajaran/sekolah). Contoh (4): Bok ngala (Buku mewarna).

Eng : book

Loghat : Khechôk

Maksud khechôk (khe-chôk) ialah ronyok atau berkedut kedut (samada kertas atau kain).

Contoh (1) : Kertas khechôk (Kertas ronyok). Contoh (2): Duit khechôk (Duit ronyok). Contoh ayat (3): "Guanô baju mung khechôk?". (Kenapa baju kamu ronyok/berkedut-kedut?)

Eng : crumpled, rumpled

Loghat : Motô

Dalam Bahasa Melayu, motô ialah sejenis bekas plastik/kaca (dalam BM, ia juga bermaksud botol), motô ialah sejenis botol/bekas yang tiada muncung (lihat gambar).

Contoh (1) : Motô gulô (Bekas gula).

Rujuk juga bôtô

Eng : bottle

Loghat : Bôtô

Bôtô ialah botol. Sbôtô ialah satu botol.

Contoh (1) Bôtô budu (Botol budu). Contoh ayat (2): "Bli kô kawê kicak sbôtô". (Belikan saya sebotol kicap). Contoh (3): Kacê bôtô (Kacang botol).

Rujuk juga motô

Eng : bottle

Loghat : Têbêng

Têbêng (tê-bêng) bermaksud menghadang seperti menghadang pandangan/pengelihatan. Orang atau benda yang têbêng ini digelar nnêbêng (penghadang).

Contoh ayat (1): "Jangê dôk têbêng ddepê, kawê dôk napôk ddepê", (Jangan menghadang pandangan, saya tidak dapat melihat kehadapan). Contoh ayat (2): "Dêmô ambik nnêbêng, pah têbêng ssitu". (Kamu ambil penghadang dan hadang kawasan itu).

Eng : block

Loghat : Jêrêngha

Dalam Bahasa Melayu, Jerengha (Je-ghe-nga) bermaksud menjangkau, iaitu perbuatan cuba untuk mencapai sesuatu diluar jangkauan tangan.

Eng : reach

Loghat : Têpêk dan Ttêpêk

Têpêk (tê-pêk) bermaksud melekatkan. Ia dikatakan berasal dari bahasa Inggeris (kelEng) iaitu tape atau tape it. Têpêk boleh juga menggunakan samada pita pelekat, gam atau lain-lain.

Ttêpêk (ttê-pêk) pula bermaksud berkepit atau berdua-duaan. Ia juga bermaksud tidak boleh berenggang.

Contoh (1): Têpêk gamba ddindêng (Melekatkan gambar pada dinding). Contoh (2): Têpêk khetah (Melekatkan kertas). Contoh (3): Sô klamin tu dôk ttêpêk sôkmô (Sepasang suami isteri itu sentiasa berdua-duaan/berkepit).

Eng : sticky

Loghat : Bêghê

Bêghê (Bê-ghê) bermaksud meragam (menangis). Sebutan ini selalunya dituju kepada perilaku kanak-kanak atau bayi.

Contoh ayat (1): "Bakpô anôk dêmô bêghê, demê kô?" (Kenapa anak kamu meragam, dia demam kah?).

Loghat : Klidah

Klidah (Kli-dah) bermaksud berselisih samada dalam satu satu perkara atau pendapat.

Loghat : Jêk

Jêk bermaksud menendang atau tendangan terbang. Perbuatan ini (jêk) menggunakan tapak kaki. Menendang bola dipanggil têndê atau juga sepak.

Contoh (1): Jêk pintu (Menendang pintu). Contoh ayat (2):"Sêk bola kitô kenô jêk dalê padê". (Pemain bola kita di tendang dalam padang).

Eng : flying kick

Loghat : Kelong-kelong

Dalam Bahasa Melayu, kelong-kelong (klong-klong) bermaksud berkepul-kepul. Ia merujuk kepada keadaan asap atau awan yang tebal dan banyak. Ia juga disebut kkelong.

Contoh ayat (1): "Adô ghumôh bbaka dêpê tu, asak klong-klong atah langik". (Ada rumah terbakar di hadapan, asap berkepul-kepul di udara). Contoh ayat (2): "Sapô bôwôk mutô tuh, asak kkelong?". (Maksud : Motosikal yang dipandu itu mengeluarkan asap yang banyak dan berkepul-kepul).

Eng : clouds 

Loghat : Plaka

Plaka bermaksud petir atau halilintar. Cahaya yang dikeluarkan dari plaka ini disebut kilak (kilat) dan diikuti dengan bunyi yang kuat disebut ghughôh (Guruh).


Eng : lightning

Loghat : Ngêcêh

Ngêchêh bermaksud pemetik api. Untuk menyalakannya, ia dipanggil kêchêh.

Contoh ayat (1): "Ngêchêh kawê dôp hidôk, masôk ai satni". (Maksud : Pemetik apinya tidak dapat digunakan kerana rosak (dibasahi air)(hidôk = hidup).

Eng : lighter

Loghat : Kêchêh

Kêchêh bermaksud nyalakan (perbuatan untuk menyalakan), samada menyalakan ggêsêk (mancis) atau ngêcêh (pemetik api).

Kêcêh juga bermaksud memikat (perempuan).

Contoh ayat (1): "Ambik ggêsêk, pahtu kêchêh". (Ambil mancis dan nyalakan). Contoh ayat (2): "Kawê nôk gi kêchêh ttino atah bazar". (Maksud : dia mahu pergi memikat perempuan di atas bazar)

Loghat : Ggêsêk

Dalam Bahasa Melayu, maksud ggêsêk (Ggê-sêk) ialah mancis. Untuk menyalakan mancis disebut kêchêh (kê-chêh).

Rujuk juga kêchêh

Contoh ayat (1): "Bli ggêsêk kô ambô sô", pesan Ali (Belikan saya sekotak mancis).

Eng : match

Loghat : Tghiyôk dan Ttiyôk

Tghiyôk (tghi-yôk) bermaksud menangis. Juga disebut Ttiyôk

Contoh ayat (1): "Ttino tu tghiyôk mugô gêwê diô tingga" (Perempuan itu menangis kerana di tinggalkan kekasihnya). Contoh ayat (2): "Budôk tu ttiyôk mugô lapa". (Budak itu menangis kerana lapar).

Eng : cry (crying)

Loghat : Jêbêk

Jêbêk ialah kelakuan seseorang (memek muka) sebelum menangis atau bahasa mudah 'mahu menangis', selalunya perihal ini berlaku kepada kanak-kanak.

Contoh ayat (1): "Bakpô budôk tu jêbêk, mu maghôh diô kô?"(Kenapa budak itu (kelihatan seperti) mahu menangis, kamu marahkan dia?). Contoh (2): Jêbêk dôh (mahu/nak menangis).

Loghat : Ngisôk

Ngisôk dalam Bahasa Melayu bermaksud teresak-esak.

Contoh ayat (1): "Budôk tu tiôk sapa ngiôk" (Budak tu menangis sampai teresak-esak).

Loghat : Êbô

Dalam Bahasa Melayu, maksud êbô ialah bola terkena tangan (dalam perlawanan bolasepak). Ia dikatakan di ambil dari bahasa Inggeris (kelEng) iaitu hand ball, manakala handball adalah sukan bola baling.

Loghat : Lôk

Dalam Bahasa Melayu, lôk bermaksud biar(kan).

Contoh ayat (1): "Jangê dôk lôk budôk mmain ssôghê" (Jangan biarkan kanak-kanak bermain-main sendirian). Contoh ayat (2): "Lôk kô diô lah" (Biar dia (lakukan sesuatu) seorang).

Eng : let

Loghat : Ghâlik

Ghâlik bermaksud leka atau asyik atau tekun. Maksud Butê ghâlik pula ialah kuaci (Butê bermaksud butir)

Contoh ayat (1): Ghâlik kawê kêlêh demô makê nasik (Maksud : dia melihat rakannya yang sedang makan nasi dengan asyiknya). Contoh ayat (2): "Jange dôk ghâlik, kê lepah mayê asa", pesan mek (Jangan leka, nanti terlepas waktu untuk bersolat Asar). Contoh ayat (3): "Ghâlik dêmô nnanê, kawê sapa pong demô dôk kaba", tegur Ali (Tekun kamu bercucuk tanam, saya dah sampai pun kamu masih tidak perasan).

Eng : careless

Loghat : Ngaju

Dalam Bahasa Melayu, ngaju bermaksud merajuk.

Contoh ayat (1): "Sapô hôk ngaju tôk lêh chokelat", Mek memujuk cucu cucunya (Sesiapa yang merajuk, tidak akan diberikan gula-gula). Contoh ayat (2): Hudôh mena oghê tuô ngaju (Terlalu buruk (sifatnya) orang tua merajuk).

Eng : sulk

Loghat : Jok-ông

Dalam Bahasa Melayu, maksud jok-ông ialah mendung.

Contoh ayat (1): Jok-ông loni, dôk la panah sangat (Sekarang ni langit mendung, tak la panas sangat).


Eng : cloudy

Loghat : Lêmbêk

Dalam Bahasa Melayu, lêmbêk (lêm-bêk) bermaksud tilam.

Eng : mattress

Loghat : Kandôk

Dalam Bahasa Melayu, kandôk bermasud kehendak atau keinginan atau kemahuan.

Contoh ayat (1): "Dôh dôk ikut kandôk diô, tu la sebab diô tiyôk", kata mak (Dia menangis kerana kemahuan dia tidak di ikuti/dipenuhi). Contoh ayat (2): "Kalu ikut kandôk kawê, dôp sedap lagi gulâ ni", tegur Ali (Kalau ikut kehendak saya, rasa gulai ini masih belum sedap lagi).

Eng : will

Loghat : Khêtô Ggali Baô

Khêtô Ggali Baô (Khê-tô Gga-li Ba-ô)  ialah sejenis kenderaan yang digunakan untuk membersihkan dan mendalamkan sungai, parit atau kolam. Dalam Bahasa Melayu ia dipangail pengaut atau jengkaut.

Loghat : Baô

Baô (Ba-ô) ialah sejenis pancing. Ia dibuat dari buluh kecil dan panjang atau dibuat menggunakan pelepah pokok bertam. Baô kebiasaannya digunakan untuk memancing dalam sawah, kolam atau parit. Baô akan dipasang tali tangsi dan mata kail serta perlu di letakkan gabus atau benda kecil yang boleh timbul di atas air digelar plapông (pelampung). Bila plapông tengelam (disebabkan oleh umpan di makan dan ditarik oleh ikan), pemegang baô tadi perlu menyentap naik agar mata kail boleh terlekat pada mulut ikan, perbuatan ini dipanggil ssêtôk. Baô perlu sentiasa dipegang ketika menggunakannya.

Rujuk juga khêtô ggali baô

Eng : rod

Loghat : Rhôba

Dalam Bahasa Melayu, rhôba (rhô-ba) bermaksud getah pemadam dan rrhôba mermaksud memadam/padamkan (menggunakan getah pemadam) (perbuatan).

Contoh ayat (1): "Beli rhôba kô kawê sô", pesan Ali (Beli getah pemadam untuk saya satu). Contoh ayat (2): "Mu rrhôba, pah tulêh smula", kata Abu (Kamu padamkan dan tulis semula).

Eng : eraser

Loghat : Seghæyâ

Maksud seghæyâ ialah meremang bulu roma (akibat perasaan takut). Seghæyâ boleh juga berlaku ketika seseorang berasa gayat

Contoh (1): Seghæyâ aku tadi (Maksud : meremang bulu roma aku tadi). Contoh ayat (2): "Seghæyâ  serô masô aku lalu bôwôh pokok nyô tu", kata Bedah (Meremang bulu romaku masa berjalan di bawah pokok kelapa itu).

Loghat : Thôhôk

Dalam Bahasa Melayu, thôhôk bermaksud terdesak atau dalam keadaan kesempitan atau kekurangan. Ada sesetangah penggunaan, perkataan thôhôk perlu diletakkan perkataan be.

Contoh (1): Thôhôk duit (Kekurangan duit / kesempitan duit).
Contoh (2): Thôhôk masô (Kekurangan masa). Contoh ayat (3): "Bethôhôk bêna dôh kitô ni, ghâsô tôkdê gi dôh", keluh Abu (Maksud : Kekurangan / kesempitan masa dan tidak sempat untuk pergi)

Loghat : Thôhok

Dalam Bahasa Melayu, thôhok bermaksud buang atau membuang.

Contoh ayat (1): "Jangê thôhok sapôh ssitu, kê majelis daerôh samê", kata ayah (Jangan buang sampah di situ, nanti Majlis Daerah saman). Contoh ayat (2): "Kêh thôhok anok acap jjadi di kawasê kitô loni", kata Tok (Kes membuang anak acap kali terjadi di kawasan kita ini).

Nota : Tetapi perkataan thôhok tidak sesuai diguna untuk situasi 'membuang air besar/kecil'. Jika anda berkata 'nôk thôhok air kecil ', ia bukan bermaksud 'nak buang air kecil', mungkin ia difahami sebagai mahu membuang saki baki air yang ada dalam tin atau dalam plastik (sampah).


Eng : throw

Loghat : Pêkong

Pêkong bermaksud baling atau membaling (perbuatan).

Contoh ayat (1): "Kawê ghasô pasukê Kelatê kalôh mugô set nyokong pêkong bedil masok dalê padê", keluh Abu (Saya rasa pasukan Kelantan kalah sebab penyokong membaling mercun kedalam padang). Contoh ayat (2): "Pêkong wi deghah sikit, baghu sapa ujong nu", kata ayah (Baling dengan kuat agar objek (yang di baling) sampai ke hujung sana).

Rujuk juga tôhok

Eng : throw out

Loghat : Petong

Petong bermaksud membaling. Perbuatan petong pula adalah membaling objek untuk menjatuhkan sesuatu (contoh : buah dari dahan). Objek untuk di-petong itu dipanggil mmetong. Mmetong boleh terdiri daripada kayu, besi atau batu (objek keras). Petong juga sama maksud dengan pêkong.

Contoh ayat (1): "Olô mmetong kô aku sô, aku nôk petong wôh lasat", kata Abu (Maksudnya : Dia mahu gunakan kayu untuk menjatuhkan buah langsat). Contoh (2): Palô diô bekok mugô kenô mmetong hok mung petong (Maksudnya : Kepala dia bengkak sebab terkena kayu yang di baling oleh kamu)

Petong juga sejenis sukan, juga dikenali sebagai petanque

Rujuk juga pêkong


Eng : throwing

Loghat : Awô

Dalam Bahasa Melayu, awô bermaksud mentang-mentanglah. 

Contoh ayat (1): "Awô diô semat, abih ttino diô nôk kêchêh", kata Ahmad (Mentang-mentanglah dia kacak, semua perempuan dia nak pikat). Contoh ayat (2): "Awô diô jadi misi, dôk kelêh dôh kô aku", kata Mamat (Mentang-mentanglah dia dah jadi jururawat, dia tak nak pandang kepadaku).

Eng : (perlukan terjemahan disini)

Loghat : Ghûkah

Maksud ghûkah (juga disebut rhûkah dan ngukah) ialah panjat atau memanjat. Ghûkah juga sebutan untuk perbuatan mengawan (haiwan).

Contoh (1): Ghûkah pôkok nyô (Maksud : Panjat pokok kelapa). Contoh ayat (2): "Kawê kelêh berôk dôk ngukah nyô satni", kata Ali (Tadi saya tengok beruk sedang memanjat pokok kelapa).Contoh ayat (3): "Ghûkah mmolêk, kê jatôh dalê kubê", pesan Abu. (Panjat elok-elok, risau takut jatuh kedalam lopak air)

Eng : climb or climbing

Loghat : Chacê

Maksud chacê ialah berdiri. Ada diantara sebutan chacê perlu diletakkan perkataan dôk di hadapannya (contoh: dôk chacê). Manakala perkataan dôk pula bermaksud duduk. Jika perkataan chacê bergabung dengan dôk, ia (dôk) seolah-olah memberi maksud berada dalam keadaan tertentu atau berkelakuan.

Contoh (1) : Dêmo dôk chacê (Kamu sila berdiri). Contoh ayat (2) : "Dôk la, cêkak nok dôk chacê jah", pelawa Abu (Duduklah, takkan mahu berdiri aje).

Eng : stand or stand up

Loghat : Smulâ dan Smulâ-smulâ

Dalam Bahasa Melayu, smulâ atau smulâ-smulâ (BM - semula) bermaksud lain kali atau sekali lagi

Contoh ayat (1) : "Nati kawê gi smulâ lah", kata Ali (Maksud : Lain kali saya pergi). Contoh ayat (2) : "Smulâ-smulâ jangê gi dekak pokok tu, pokok tu adô atu", kata Abu (Lain kali jangan pergi menghampiri pokok itu, ia berhantu). Contoh ayat (3) : "Dôh mung wat salôh, buat smulâ lah", marah Karim kepada pekerjanya (Oleh kerana kamu telah membuat kesilapan, buat semula kerja itu). Contoh (4) : Kijô ggali lubê kenô wat smulâ mugô lubê asa adô batu bêsa. (Maksud : Kerja menggali lubang terpaksa dibuat sekali lagi kerana ada batu besar di dalam lubang asal)

Eng : next time

Loghat : Ngekôh

Ngekôh ada dua maksud. Ngekôh (1) bermaksud merekah atau pecah. Ngekôh (2) juga bermaksud baru belajar menggigit (perbuatan oleh bayi).

Contoh (1) : Tanôh ngekôh (Maksud : Tanah merekah). Contoh (2) : Wôh dllimô ngekôh (Maksud : Buah delima merekah). Contoh ayat (3) : "Panda ngekôh dôh budôk ni", kata mek kepada cucunya. (Budak ni dah pandai mengigit).

Rujuk juga kekôh

Eng : fissure

Loghat : Kkekôh

Dalam Bahasa Melayu, kkekôh (baca : khekôh) membawa maksud berkelahi atau bergaduh. Ada juga perkataan  kkekôh perlu diletakkan perkataan be di hadapan. Contoh bekkekôh

Contoh ayat (1) : "Duô ôrê budôk ning tôk lêh letôk dekak, kkekôh sôkmô", kata Pak Mat (Mereka berdua tidak boleh diletakkan bersama-sama, mereka akan berkelahi). Contoh ayat (2) : "Jangê dok bekkekôh gat mung duô beradik", pesan ayah (Kamu adik beradik jangan bergaduh).

Rujuk juga kekôh

Eng : fight

Loghat : Kekôh

Dalam Bahasa Melayu, kekôh bermaksud gigit atau mengigit atau digigit

Contoh (1) : Kekôh wôh êpô (Maksud : Mengigit buah epel). Contoh (2) : Kênô kekôh kô kucing (Maksud : Digigit kucing). Contoh (3) : Kekôh alêk atah (Maksud : Gigit bahagian atas).

Rujuk juga kkekôh

Eng : bite

Loghat : Kôna

Perkataan kôna (kelEng) diambil dari bahasa Inggeris iaitu corner. Dalam Bahasa Melayu, kôna bermaksud pusing. Sebutan ini banyak merujuk kepada cara pemanduan atau pergerakan. Contohnya membuat pusingan ke kanan. 

Kôna juga bermaksud sepakan sudut (dalam permainan bolasepak)

Contoh ayat (1) : "Sapa skôlôh dêpê, dêmô kôna kok kanê", kata Tok (Sampai di sekolah, kamu pusing kanan). Contoh ayat (2) : "Kôna khetô mmolek, kê tujung dalê lokê", pesan ayah (Pusing kereta elok-elok, takut-takut jatuh kedalam longkang)

Rujuk juga ngôna


Eng : Corner or turn left / turn right

Loghat : Ngôna

Dalam Bahasa Melayu, ngôna bermaksud selekoh atau bengkok atau sudut. Perkataan ngôna lebih merujuk kepada jalan.

Contoh ayat (1) : "Ngôna depê tu adô pôlêh, mmôlek sikik bôwôk mutô", pesan Abu (Selekoh hadapan ada polis, hati-hati pandu motosikal). Contoh ayat (2) : "Adô ôre ssidêng dekak ngôna tu, sselô sikik bowôk kêtô", kata Abu (Ada kemalangan di selekoh depan, sila pandu perlahan).

Rujuk juga kôna

Eng : corner 

Loghat : Ghêng

Dalam Bahasa Melayu, ghêng bermaksud tenaga atau kekuatan. Istilah ghêng juga sinonim dengan sebutan chêkak. Patôh ghêng pula membawa maksud memudaratkan atau lumpuh atau tidak dapat melakukan kerja-kerja berat


Contoh ayat (1) : "Ambô serô supô takdok ghêng, tok lêh nok jalê doh", kata Ali (Saya rasa macam tiada tenaga dah, tak boleh meneruskan perjalanan). Contoh ayat (2) : "Jangê akat banyok-banyok, kê patôh ghêng, kata ayah (Maksud : Melarang dari mengangkat barang-barang yang berat dalam kuantiti yang banyak sekaligus, di bimbangi boleh memudaratkan tubuh)

Eng : energy

Loghat : Chêbôk dan Chêdôk

Dalam Bahasa Melayu, chêbôk dan chêdôk bermaksud mencedok, menggunakan sesuatu peralatan khusus seperti senduk, baldi, sudu dan sebagainya. Ada juga alatan khas untuk chêbôk/chêdôk ini dipanggil nyêbôk atau nyêdôk

Contoh ayat (1) : "Mung chêbôk gulâ dalê kawôh tu, pah bubuh dalê bêsêng ni", kata mek kepada menantunya. (Kamu cedok gulai dalam kawah tu, kemudian masukkan kedalam basin ini). Contoh ayat (2) : "Chêdôk mmolek, kê jatuh dalê telagô", pesan datuk (Berhati-hati mencedok air dalam telaga, risau jatuh kedalam)


Eng : Dipper

Loghat : Seghebê

Dalam Bahasa Melayu, seghebê (se-gheb-ê) ada dua maksud iaitu kebas (rasa sengal pada anggota badan, contohnya kaki)dan serban / turban (dipakai atas kepala)

Contoh (1) : Seghebê kaki (kaki kebas). Contoh ayat (2) : "Lamo kawê dok nnaip, jari serô seghebê", kata Samad (Lama saya menaip hingga jari rasa kebas). Contoh (3) : Aji Bakhil dok paka seghebê mugô semalê hujê lebat, seghebê dio basôh belakô (Haji Bahkil tidak dapat memakai serban sebab semalam hujan lebat, semua serban dia basah)



Eng : rheumatism or turban

Lohgat : Chêkak

Dalam Bahasa Melayu, chêkak bermaksud takkanlah, ia juga membawa maksud kuat / bertenaga / bermaya. Dop chêkak bermaksud letih/sakit/tidak bermaya/tidak bertenaga/tidak kuat

Contoh ayat (1) : "Chêkak dêmo nok gi sorê, bôwôk la Ali skali", kata abang (Takkan lah kamu mahu pergi seorang, bawalah Ali bersama). Contoh ayat (2) : "Kawê rasô dok chêkak lah hari ni, dêmo gi sôrê lah", kata Ahmad (Hari ini saya berasa letih, kamu pergi seorang lah). Contoh (3) : Orê tuo tu chêkak lagi, bulêh buat padi pulok. (Orang tua itu masih bertenaga, dia masih boleh menanam padi)

Eng : (perlukan maksud takkanlah dalam BI) or strong or vigorous

Loghat : Êdding

Êdding (kelEng) adalah perkataan dari bahasa Inggeris iaitu heading (heading ball - menanduk bola). Dalam Bahasa Melayu, êdding bermaksud menanduk.

Contoh ayat (1) : "Kelate kaloh ngan Gganu mugô kakas tu êdding masuk gol sendiri", kata Buding (Pasukan bolasepak Kelantan kalah kepada pasukan Terengganu kerana pemain Kelantan menanduk masuk kedalam gol sendiri)

Eng : heading

Loghat : Khêlong

Dalam Bahasa Melayu, khêlong bermaksud tamak.

Contoh ayat (1) : "Jange dok khêlong, tingga ko orê lain ghêtêk", kata ayah kepada adik.(Jangan tamak, simpan untuk orang lain juga). Contoh ayat (2) : "Khêlong têh!", marah ayah (Tamaknya)

Eng : Greedy

Loghat : Ghêtêk

Dalam Bahasa Melayu, ghêtêk membawa maksud juga atau sama/bersama-sama. Istilah ini lebih kepada perbuatan dan keinginan.

Contoh (1) : Nok gi ghêtêk (Mahu pergi juga) atau (Mahu pergi sama). Contoh ayat (2) : "Kalu demo nok gi Koto Bharu, bowok dio ghêtêk deh", kata Abu (Kalau kamu mahu ke Kota Bharu, bawa dia bersama-sama, boleh?). Contoh ayat (3) : "Acu ajok Minah buat ghêtêk, chêkak dêmo nok buat ssorê", kata Ahmad (Cuba kamu ajak Minah buat sama-sama, takkan kamu mahu buat seorang)

Eng : same

Loghat : Blê

Dalam Bahasa Melayu, blê (atau blê-blê) membawa maksud sambil.


Contoh ayat (1) : "Sô kelamin tu makê blê cacê", kata Ali (Sepasang suami isteri makan sambil berdiri). Contoh ayat (2) : "Blê-blê makê, buleh kito bbua", kata ayah (Sambil makan, bolehlah kita berborak).

Eng : while

Loghat : Gelenya

Dalam Bahasa Melayu, gelenya menunjukkan sifat seseorang yang membawa maksud miang atau gatal atau gedik atau mengada-ngada atau beria-ia atau menggeletik.

Contoh ayat (1) : "Gelenya molek ttino tu, hari-hari kenyit mato ko aku", kata Awang (Perempuan itu terlalu miang, tiap-tiap hari dia mengenyet mata kepada ku). Contoh ayat (2) : "Yê mung gelenya nok gi umoh dio tu bakpo?", marah Samad kepada Said ("Yang kamu beria-ia hendak ke rumahnya tu kenapa?)

Eng : heat or tickle

Loghat : Mugô dan Mmugô

Perkataan mugô (kelEng) berasal dari perkataan Inggeris iaitu mugger

Dalam Bahasa Melayu, mmugô bermaksud penyamun atau orang/binatang yang tidak diketahui sesiapa/jenisnya (penggunaan - perlu letak dua huruf 'm'). Tetapi mugô pula membawa maksud sebab atau disebabkan ataupun kerana.


Contoh ayat (1) : "Kain budok tu soyôk mugô sakkut di rebô (Kain dia terkoyak sebab tersangkut pada ranting-ranting). Contoh ayat (2) : "Nyo ambik mmugô la buoh betik ambô" (Buat betik saya di ambil oleh... samada penyamun/pencuri, atau di makan oleh binatang)

Eng : mugger or because

Loghat : Sngôti @ Sengôti

Dalam Bahasa Melayu, sngôti membawa maksud sungguh / sungguh-sungguh atau betul / betul-betul atau benar / benar-benar. Akan tetapi, kesesuaian maksud sebutan ini bergantung kepada sesuatu ayat yang digunakan.

Maksud pada penggunan sesuatu ayat, seperti;
a. Biso sngôti, maksud : benar-benar hebat atau betul-betul hebat atau sungguh hebat

Contoh (1) : "Biso sngôti budok tu main bola", kata Awang (Hebat sungguh budak itu bermain bola). Contoh (2) : "Ssumak sngôti dale banda Koto Bharu satni", keluh Ali (Betul-betul sesak dalam bandar Kota Bharu tadi). Contoh (3) : "Lawar sngôti ttino hok jjual kain atas bazar", kata Ali (Cantik sungguh perempuan yang bekerja menjual kain atas bazzar).

Eng : great

Loghat : Hungga

Dalam Bahasa Melayu, hungga bermaksud berlari / lari.Hungga-hungga membawa maksud lari-lari! (memberi arahan kepada seseorang supaya berlari).

Contoh ayat (1): Budok tu hungga deghah sngoti (Sungguh laju budak itu berlari). Contoh ayat (2): "Hungga-hungga, lembu ambat lek belake tuu", laung Pak Mat kepada anaknya (Lari-lari, lembu sedang mengejar kamu tu!)

Eng : Run or Run Away

Loghat : Beghôna @ Berôna

Dalam Bahasa Melayu, berôna / beghôna membawa maksud bermasalah. Ia juga boleh merujuk kepada sakit atau kesakitan. Bagi benda seperti kenderaan atau mesin, beghôna bermaksud rosak.

Contoh ayat (1), menunjukkan sakit : "Peghôt kawe beghôna", kata Samad ("Perut saya bermasalah / sakit"). Contoh ayat (2), menunjukkan seseorang itu bermasalah (Cth : disiplin) : "Demo ni beghôna la". kata Ali kepada Abu ("Kamu ni bermasalah"). Contoh ayat (3), menunjukkan benda rosak : "Kawe tok leh gi kijo hari ni, khëato kawe beghôna". Kata Awang kepada rakannya ("Saya tak dapat ke tempat kerja hari ini, kereta saya bermasalah")

Eng :
Problem(s) or broken

Loghat : Rēba / Ghēbô

Dalam Bahasa Melayu, rēba atau ghēbô membawa maksud ranting-ranting kayu atau dahan yang masih mempunyi ranting, jatuh berselerakan di atas tanah atau di dalam sungai/laut/air.

Contoh ayat (1): "Pukak kawe ssakot di rēba". (Pukat saya tersangkut pada ranting kayu). Contoh ayat (2) : "Kain budok tu soyok mugô sakkut di rêbo" (Kain dia terkoyak sebab tersangkut pada ranting-ranting)

Eng : twig