Ttôghôk (ttô-ghôk) ialah awan tebal yang berada di kaki langit (selalunya awan pembawa hujan).Contoh ayat (1): Napôk ttôghôk dôh nu, gi klêk lah, kê ujê (Kelihatan awan tebal, pergi lah balik, nantikan hujan turun).
Eng : clouds
Tôgôk (tô-gôk) bermaksud meminum air bukan menggunakan gelas atau penyedut minuman. Dengan kata kain, minum air dengan cara yang tidak sopan dan gelojoh dari bekas air atau kepala paip dan sebagainya.
Bladông (Bla-dông) bermaksud air/cecair yang bertakung disebabkan oleh hujan atau limpahan air dari sungai, parit, paip pecah, atau air dari baldi yang bocor dan sebagainya.
Ketêk (ke-têk) bermaksud gigit, iaitu digigit oleh serangga atau haiwan kecil seperti nyamuk, lipan, kala jengking, tebuan dan sebagainya. Ada juga sebutan ketêk membawa maksud patuk.