Loghat : Jok-ông

Dalam Bahasa Melayu, maksud jok-ông ialah mendung.

Contoh ayat (1): Jok-ông loni, dôk la panah sangat (Sekarang ni langit mendung, tak la panas sangat).


Eng : cloudy

Loghat : Lêmbêk

Dalam Bahasa Melayu, lêmbêk (lêm-bêk) bermaksud tilam.

Eng : mattress

Loghat : Kandôk

Dalam Bahasa Melayu, kandôk bermasud kehendak atau keinginan atau kemahuan.

Contoh ayat (1): "Dôh dôk ikut kandôk diô, tu la sebab diô tiyôk", kata mak (Dia menangis kerana kemahuan dia tidak di ikuti/dipenuhi). Contoh ayat (2): "Kalu ikut kandôk kawê, dôp sedap lagi gulâ ni", tegur Ali (Kalau ikut kehendak saya, rasa gulai ini masih belum sedap lagi).

Eng : will

Loghat : Khêtô Ggali Baô

Khêtô Ggali Baô (Khê-tô Gga-li Ba-ô)  ialah sejenis kenderaan yang digunakan untuk membersihkan dan mendalamkan sungai, parit atau kolam. Dalam Bahasa Melayu ia dipangail pengaut atau jengkaut.

Loghat : Baô

Baô (Ba-ô) ialah sejenis pancing. Ia dibuat dari buluh kecil dan panjang atau dibuat menggunakan pelepah pokok bertam. Baô kebiasaannya digunakan untuk memancing dalam sawah, kolam atau parit. Baô akan dipasang tali tangsi dan mata kail serta perlu di letakkan gabus atau benda kecil yang boleh timbul di atas air digelar plapông (pelampung). Bila plapông tengelam (disebabkan oleh umpan di makan dan ditarik oleh ikan), pemegang baô tadi perlu menyentap naik agar mata kail boleh terlekat pada mulut ikan, perbuatan ini dipanggil ssêtôk. Baô perlu sentiasa dipegang ketika menggunakannya.

Rujuk juga khêtô ggali baô

Eng : rod

Loghat : Rhôba

Dalam Bahasa Melayu, rhôba (rhô-ba) bermaksud getah pemadam dan rrhôba mermaksud memadam/padamkan (menggunakan getah pemadam) (perbuatan).

Contoh ayat (1): "Beli rhôba kô kawê sô", pesan Ali (Beli getah pemadam untuk saya satu). Contoh ayat (2): "Mu rrhôba, pah tulêh smula", kata Abu (Kamu padamkan dan tulis semula).

Eng : eraser

Loghat : Seghæyâ

Maksud seghæyâ ialah meremang bulu roma (akibat perasaan takut). Seghæyâ boleh juga berlaku ketika seseorang berasa gayat

Contoh (1): Seghæyâ aku tadi (Maksud : meremang bulu roma aku tadi). Contoh ayat (2): "Seghæyâ  serô masô aku lalu bôwôh pokok nyô tu", kata Bedah (Meremang bulu romaku masa berjalan di bawah pokok kelapa itu).