Showing posts with label G. Show all posts
Showing posts with label G. Show all posts

Loghat : Jêrêngha

Dalam Bahasa Melayu, Jerengha (Je-ghe-nga) bermaksud menjangkau, iaitu perbuatan cuba untuk mencapai sesuatu diluar jangkauan tangan.

Eng : reach

Loghat : Ggêsêk

Dalam Bahasa Melayu, maksud ggêsêk (Ggê-sêk) ialah mancis. Untuk menyalakan mancis disebut kêchêh (kê-chêh).

Rujuk juga kêchêh

Contoh ayat (1): "Bli ggêsêk kô ambô sô", pesan Ali (Belikan saya sekotak mancis).

Eng : match

Loghat : Ghâlik

Ghâlik bermaksud leka atau asyik atau tekun. Maksud Butê ghâlik pula ialah kuaci (Butê bermaksud butir)

Contoh ayat (1): Ghâlik kawê kêlêh demô makê nasik (Maksud : dia melihat rakannya yang sedang makan nasi dengan asyiknya). Contoh ayat (2): "Jange dôk ghâlik, kê lepah mayê asa", pesan mek (Jangan leka, nanti terlepas waktu untuk bersolat Asar). Contoh ayat (3): "Ghâlik dêmô nnanê, kawê sapa pong demô dôk kaba", tegur Ali (Tekun kamu bercucuk tanam, saya dah sampai pun kamu masih tidak perasan).

Eng : careless

Loghat : Ghûkah

Maksud ghûkah (juga disebut rhûkah dan ngukah) ialah panjat atau memanjat. Ghûkah juga sebutan untuk perbuatan mengawan (haiwan).

Contoh (1): Ghûkah pôkok nyô (Maksud : Panjat pokok kelapa). Contoh ayat (2): "Kawê kelêh berôk dôk ngukah nyô satni", kata Ali (Tadi saya tengok beruk sedang memanjat pokok kelapa).Contoh ayat (3): "Ghûkah mmolêk, kê jatôh dalê kubê", pesan Abu. (Panjat elok-elok, risau takut jatuh kedalam lopak air)

Eng : climb or climbing

Loghat : Ghêng

Dalam Bahasa Melayu, ghêng bermaksud tenaga atau kekuatan. Istilah ghêng juga sinonim dengan sebutan chêkak. Patôh ghêng pula membawa maksud memudaratkan atau lumpuh atau tidak dapat melakukan kerja-kerja berat


Contoh ayat (1) : "Ambô serô supô takdok ghêng, tok lêh nok jalê doh", kata Ali (Saya rasa macam tiada tenaga dah, tak boleh meneruskan perjalanan). Contoh ayat (2) : "Jangê akat banyok-banyok, kê patôh ghêng, kata ayah (Maksud : Melarang dari mengangkat barang-barang yang berat dalam kuantiti yang banyak sekaligus, di bimbangi boleh memudaratkan tubuh)

Eng : energy

Loghat : Ghêtêk

Dalam Bahasa Melayu, ghêtêk membawa maksud juga atau sama/bersama-sama. Istilah ini lebih kepada perbuatan dan keinginan.

Contoh (1) : Nok gi ghêtêk (Mahu pergi juga) atau (Mahu pergi sama). Contoh ayat (2) : "Kalu demo nok gi Koto Bharu, bowok dio ghêtêk deh", kata Abu (Kalau kamu mahu ke Kota Bharu, bawa dia bersama-sama, boleh?). Contoh ayat (3) : "Acu ajok Minah buat ghêtêk, chêkak dêmo nok buat ssorê", kata Ahmad (Cuba kamu ajak Minah buat sama-sama, takkan kamu mahu buat seorang)

Eng : same

Loghat : Gelenya

Dalam Bahasa Melayu, gelenya menunjukkan sifat seseorang yang membawa maksud miang atau gatal atau gedik atau mengada-ngada atau beria-ia atau menggeletik.

Contoh ayat (1) : "Gelenya molek ttino tu, hari-hari kenyit mato ko aku", kata Awang (Perempuan itu terlalu miang, tiap-tiap hari dia mengenyet mata kepada ku). Contoh ayat (2) : "Yê mung gelenya nok gi umoh dio tu bakpo?", marah Samad kepada Said ("Yang kamu beria-ia hendak ke rumahnya tu kenapa?)

Eng : heat or tickle

Loghat : Rēba / Ghēbô

Dalam Bahasa Melayu, rēba atau ghēbô membawa maksud ranting-ranting kayu atau dahan yang masih mempunyi ranting, jatuh berselerakan di atas tanah atau di dalam sungai/laut/air.

Contoh ayat (1): "Pukak kawe ssakot di rēba". (Pukat saya tersangkut pada ranting kayu). Contoh ayat (2) : "Kain budok tu soyok mugô sakkut di rêbo" (Kain dia terkoyak sebab tersangkut pada ranting-ranting)

Eng : twig