Tagê (Ta-gê), ttagê dan nnagê (nna-gê) bermaksud pertaruhan, bertaruh atau taruhan
Contoh ayat (1): Kawê nôk ttagê duit (Aku mahu bertaruh duit (berjudi)).
Showing posts with label Benda. Show all posts
Showing posts with label Benda. Show all posts
Loghat : Ketêk
Ketêk (ke-têk) bermaksud gigit, iaitu digigit oleh serangga atau haiwan kecil seperti nyamuk, lipan, kala jengking, tebuan dan sebagainya. Ada juga sebutan ketêk membawa maksud patuk.Ketêk juga bermaksud wat/tokong, iaitu rumah ibadat penganut agama Buddha.
Contoh (1): Kenô ketêk kô nyamôk (Digigit nyamuk). Contoh (2): Ketêk kô ula (Dipatuk ular). Contoh ayat (3): Ghumôh kawê dekak ketêk (Rumah saya dekat dengan wat)
Eng : bite , temple
Loghat : Bok
Loghat : Khechôk
Loghat : Motô
Dalam Bahasa Melayu, motô ialah sejenis bekas plastik/kaca (dalam BM, ia juga bermaksud botol), motô ialah sejenis botol/bekas yang tiada muncung (lihat gambar).Contoh (1) : Motô gulô (Bekas gula).
Rujuk juga bôtô
Eng : bottle
Loghat : Bôtô
Bôtô ialah botol. Sbôtô ialah satu botol.
Contoh (1) Bôtô budu (Botol budu). Contoh ayat (2): "Bli kô kawê kicak sbôtô". (Belikan saya sebotol kicap). Contoh (3): Kacê bôtô (Kacang botol).
Rujuk juga motô
Eng : bottle
Contoh (1) Bôtô budu (Botol budu). Contoh ayat (2): "Bli kô kawê kicak sbôtô". (Belikan saya sebotol kicap). Contoh (3): Kacê bôtô (Kacang botol).
Rujuk juga motô
Eng : bottle
Loghat : Têbêng
Têbêng (tê-bêng) bermaksud menghadang seperti menghadang pandangan/pengelihatan. Orang atau benda yang têbêng ini digelar nnêbêng (penghadang).Contoh ayat (1): "Jangê dôk têbêng ddepê, kawê dôk napôk ddepê", (Jangan menghadang pandangan, saya tidak dapat melihat kehadapan). Contoh ayat (2): "Dêmô ambik nnêbêng, pah têbêng ssitu". (Kamu ambil penghadang dan hadang kawasan itu).
Eng : block
Loghat : Ngêcêh
Ngêchêh bermaksud pemetik api. Untuk menyalakannya, ia dipanggil kêchêh.Contoh ayat (1): "Ngêchêh kawê dôp hidôk, masôk ai satni". (Maksud : Pemetik apinya tidak dapat digunakan kerana rosak (dibasahi air)(hidôk = hidup).
Eng : lighter
Loghat : Ggêsêk
Dalam Bahasa Melayu, maksud ggêsêk (Ggê-sêk) ialah mancis. Untuk menyalakan mancis disebut kêchêh (kê-chêh).Rujuk juga kêchêh
Contoh ayat (1): "Bli ggêsêk kô ambô sô", pesan Ali (Belikan saya sekotak mancis).
Eng : match
Loghat : Khêtô Ggali Baô
Khêtô Ggali Baô (Khê-tô Gga-li Ba-ô) ialah sejenis kenderaan yang digunakan untuk membersihkan dan mendalamkan sungai, parit atau kolam. Dalam Bahasa Melayu ia dipangail pengaut atau jengkaut.
Loghat : Baô
Baô (Ba-ô) ialah sejenis pancing. Ia dibuat dari buluh kecil dan panjang atau dibuat menggunakan pelepah pokok bertam. Baô kebiasaannya digunakan untuk memancing dalam sawah, kolam atau parit. Baô akan dipasang tali tangsi dan mata kail serta perlu di letakkan gabus atau benda kecil yang boleh timbul di atas air digelar plapông (pelampung). Bila plapông tengelam (disebabkan oleh umpan di makan dan ditarik oleh ikan), pemegang baô tadi perlu menyentap naik agar mata kail boleh terlekat pada mulut ikan, perbuatan ini dipanggil ssêtôk. Baô perlu sentiasa dipegang ketika menggunakannya.
Rujuk juga khêtô ggali baô
Eng : rod
Rujuk juga khêtô ggali baô
Eng : rod
Loghat : Rhôba
Dalam Bahasa Melayu, rhôba (rhô-ba) bermaksud getah pemadam dan rrhôba mermaksud memadam/padamkan (menggunakan getah pemadam) (perbuatan).Contoh ayat (1): "Beli rhôba kô kawê sô", pesan Ali (Beli getah pemadam untuk saya satu). Contoh ayat (2): "Mu rrhôba, pah tulêh smula", kata Abu (Kamu padamkan dan tulis semula).
Eng : eraser
Loghat : Seghebê
Dalam Bahasa Melayu, seghebê (se-gheb-ê) ada dua maksud iaitu kebas (rasa sengal pada anggota badan, contohnya kaki)dan serban / turban (dipakai atas kepala)
Contoh (1) : Seghebê kaki (kaki kebas). Contoh ayat (2) : "Lamo kawê dok nnaip, jari serô seghebê", kata Samad (Lama saya menaip hingga jari rasa kebas). Contoh (3) : Aji Bakhil dok paka seghebê mugô semalê hujê lebat, seghebê dio basôh belakô (Haji Bahkil tidak dapat memakai serban sebab semalam hujan lebat, semua serban dia basah)Eng : rheumatism or turban
Subscribe to:
Posts (Atom)





