Tagê (Ta-gê), ttagê dan nnagê (nna-gê) bermaksud pertaruhan, bertaruh atau taruhan
Contoh ayat (1): Kawê nôk ttagê duit (Aku mahu bertaruh duit (berjudi)).
Showing posts with label T. Show all posts
Showing posts with label T. Show all posts
Loghat : Ttôghôk
Loghat : Tôgôk
Tôgôk (tô-gôk) bermaksud meminum air bukan menggunakan gelas atau penyedut minuman. Dengan kata kain, minum air dengan cara yang tidak sopan dan gelojoh dari bekas air atau kepala paip dan sebagainya.Contoh ayat (1): Jangê tôgôk ai kok palô paik (Jangan minum air terus dari kepala paip/pili). Contoh ayat (2): Jangê tôgôk, bubuh dalê gelah, pah minung lah (Maksud : melarang minum terus dari bekas air, masukkan dahulu kedalam gelas kemudian minum air menggunakan gelas).
Loghat : Têbêng
Têbêng (tê-bêng) bermaksud menghadang seperti menghadang pandangan/pengelihatan. Orang atau benda yang têbêng ini digelar nnêbêng (penghadang).Contoh ayat (1): "Jangê dôk têbêng ddepê, kawê dôk napôk ddepê", (Jangan menghadang pandangan, saya tidak dapat melihat kehadapan). Contoh ayat (2): "Dêmô ambik nnêbêng, pah têbêng ssitu". (Kamu ambil penghadang dan hadang kawasan itu).
Eng : block
Loghat : Têpêk dan Ttêpêk
Têpêk (tê-pêk) bermaksud melekatkan. Ia dikatakan berasal dari bahasa Inggeris (kelEng) iaitu tape atau tape it. Têpêk boleh juga menggunakan samada pita pelekat, gam atau lain-lain.Ttêpêk (ttê-pêk) pula bermaksud berkepit atau berdua-duaan. Ia juga bermaksud tidak boleh berenggang.
Contoh (1): Têpêk gamba ddindêng (Melekatkan gambar pada dinding). Contoh (2): Têpêk khetah (Melekatkan kertas). Contoh (3): Sô klamin tu dôk ttêpêk sôkmô (Sepasang suami isteri itu sentiasa berdua-duaan/berkepit).
Eng : sticky
Loghat : Tghiyôk dan Ttiyôk
Loghat : Thôhôk
Dalam Bahasa Melayu, thôhôk bermaksud terdesak atau dalam keadaan kesempitan atau kekurangan. Ada sesetangah penggunaan, perkataan thôhôk perlu diletakkan perkataan be.
Contoh (1): Thôhôk duit (Kekurangan duit / kesempitan duit).
Contoh (2): Thôhôk masô (Kekurangan masa). Contoh ayat (3): "Bethôhôk bêna dôh kitô ni, ghâsô tôkdê gi dôh", keluh Abu (Maksud : Kekurangan / kesempitan masa dan tidak sempat untuk pergi)
Contoh (1): Thôhôk duit (Kekurangan duit / kesempitan duit).
Contoh (2): Thôhôk masô (Kekurangan masa). Contoh ayat (3): "Bethôhôk bêna dôh kitô ni, ghâsô tôkdê gi dôh", keluh Abu (Maksud : Kekurangan / kesempitan masa dan tidak sempat untuk pergi)
Loghat : Thôhok
Dalam Bahasa Melayu, thôhok bermaksud buang atau membuang.Contoh ayat (1): "Jangê thôhok sapôh ssitu, kê majelis daerôh samê", kata ayah (Jangan buang sampah di situ, nanti Majlis Daerah saman). Contoh ayat (2): "Kêh thôhok anok acap jjadi di kawasê kitô loni", kata Tok (Kes membuang anak acap kali terjadi di kawasan kita ini).
Nota : Tetapi perkataan thôhok tidak sesuai diguna untuk situasi 'membuang air besar/kecil'. Jika anda berkata 'nôk thôhok air kecil ', ia bukan bermaksud 'nak buang air kecil', mungkin ia difahami sebagai mahu membuang saki baki air yang ada dalam tin atau dalam plastik (sampah).
Eng : throw
Subscribe to:
Posts (Atom)

