Showing posts with label K. Show all posts
Showing posts with label K. Show all posts

Loghat : Ketêk

Ketêk (ke-têk) bermaksud gigit, iaitu digigit oleh serangga atau haiwan kecil seperti nyamuk, lipan, kala jengking, tebuan dan sebagainya. Ada juga sebutan ketêk membawa maksud patuk.

Ketêk juga bermaksud wat/tokong, iaitu rumah ibadat penganut agama Buddha.

Contoh (1): Kenô ketêk kô nyamôk (Digigit nyamuk). Contoh (2): Ketêk kô ula (Dipatuk ular). Contoh ayat (3): Ghumôh kawê dekak ketêk (Rumah saya dekat dengan wat)

Eng : bite , temple

Loghat : Kegrêk

Kegrêk (ke-rêk) bermaksud acap atau kerap.

Contoh ayat (1): Kegrêk demô gi Ggolôk (Acap kamu pergi ke Golok). Contoh ayat (2): Keghêk bêna khetô ning beghôna (Acap sungguh kereta ni bermasalah/rosak).

Eng : frequent

Loghat : Khechôk

Maksud khechôk (khe-chôk) ialah ronyok atau berkedut kedut (samada kertas atau kain).

Contoh (1) : Kertas khechôk (Kertas ronyok). Contoh (2): Duit khechôk (Duit ronyok). Contoh ayat (3): "Guanô baju mung khechôk?". (Kenapa baju kamu ronyok/berkedut-kedut?)

Eng : crumpled, rumpled

Loghat : Klidah

Klidah (Kli-dah) bermaksud berselisih samada dalam satu satu perkara atau pendapat.

Loghat : Kelong-kelong

Dalam Bahasa Melayu, kelong-kelong (klong-klong) bermaksud berkepul-kepul. Ia merujuk kepada keadaan asap atau awan yang tebal dan banyak. Ia juga disebut kkelong.

Contoh ayat (1): "Adô ghumôh bbaka dêpê tu, asak klong-klong atah langik". (Ada rumah terbakar di hadapan, asap berkepul-kepul di udara). Contoh ayat (2): "Sapô bôwôk mutô tuh, asak kkelong?". (Maksud : Motosikal yang dipandu itu mengeluarkan asap yang banyak dan berkepul-kepul).

Eng : clouds 

Loghat : Kêchêh

Kêchêh bermaksud nyalakan (perbuatan untuk menyalakan), samada menyalakan ggêsêk (mancis) atau ngêcêh (pemetik api).

Kêcêh juga bermaksud memikat (perempuan).

Contoh ayat (1): "Ambik ggêsêk, pahtu kêchêh". (Ambil mancis dan nyalakan). Contoh ayat (2): "Kawê nôk gi kêchêh ttino atah bazar". (Maksud : dia mahu pergi memikat perempuan di atas bazar)

Loghat : Kandôk

Dalam Bahasa Melayu, kandôk bermasud kehendak atau keinginan atau kemahuan.

Contoh ayat (1): "Dôh dôk ikut kandôk diô, tu la sebab diô tiyôk", kata mak (Dia menangis kerana kemahuan dia tidak di ikuti/dipenuhi). Contoh ayat (2): "Kalu ikut kandôk kawê, dôp sedap lagi gulâ ni", tegur Ali (Kalau ikut kehendak saya, rasa gulai ini masih belum sedap lagi).

Eng : will

Loghat : Khêtô Ggali Baô

Khêtô Ggali Baô (Khê-tô Gga-li Ba-ô)  ialah sejenis kenderaan yang digunakan untuk membersihkan dan mendalamkan sungai, parit atau kolam. Dalam Bahasa Melayu ia dipangail pengaut atau jengkaut.

Loghat : Kkekôh

Dalam Bahasa Melayu, kkekôh (baca : khekôh) membawa maksud berkelahi atau bergaduh. Ada juga perkataan  kkekôh perlu diletakkan perkataan be di hadapan. Contoh bekkekôh

Contoh ayat (1) : "Duô ôrê budôk ning tôk lêh letôk dekak, kkekôh sôkmô", kata Pak Mat (Mereka berdua tidak boleh diletakkan bersama-sama, mereka akan berkelahi). Contoh ayat (2) : "Jangê dok bekkekôh gat mung duô beradik", pesan ayah (Kamu adik beradik jangan bergaduh).

Rujuk juga kekôh

Eng : fight

Loghat : Kekôh

Dalam Bahasa Melayu, kekôh bermaksud gigit atau mengigit atau digigit

Contoh (1) : Kekôh wôh êpô (Maksud : Mengigit buah epel). Contoh (2) : Kênô kekôh kô kucing (Maksud : Digigit kucing). Contoh (3) : Kekôh alêk atah (Maksud : Gigit bahagian atas).

Rujuk juga kkekôh

Eng : bite

Loghat : Kôna

Perkataan kôna (kelEng) diambil dari bahasa Inggeris iaitu corner. Dalam Bahasa Melayu, kôna bermaksud pusing. Sebutan ini banyak merujuk kepada cara pemanduan atau pergerakan. Contohnya membuat pusingan ke kanan. 

Kôna juga bermaksud sepakan sudut (dalam permainan bolasepak)

Contoh ayat (1) : "Sapa skôlôh dêpê, dêmô kôna kok kanê", kata Tok (Sampai di sekolah, kamu pusing kanan). Contoh ayat (2) : "Kôna khetô mmolek, kê tujung dalê lokê", pesan ayah (Pusing kereta elok-elok, takut-takut jatuh kedalam longkang)

Rujuk juga ngôna


Eng : Corner or turn left / turn right

Loghat : Khêlong

Dalam Bahasa Melayu, khêlong bermaksud tamak.

Contoh ayat (1) : "Jange dok khêlong, tingga ko orê lain ghêtêk", kata ayah kepada adik.(Jangan tamak, simpan untuk orang lain juga). Contoh ayat (2) : "Khêlong têh!", marah ayah (Tamaknya)

Eng : Greedy